KL Menjerit

Bukan, ini bukan reviu filem yang pernah popular satu masa dahulu. (N)Lisdawati sungguh FTW dalam filem ini yo. No bukan danny x factor. Ok tiada kaitan.

Hari ini hari pertama aku memulakan tugas di TTDI, secara rasmi. Untuk seminggu yang lepas aku sudah kerap berulang alik dari Cyber ke TTDI. Semenjak aku meninggalkan UTP pada Ogos 2006 aku terus memulakan tugas di Cyberjaya. Sejak 2006 Cyberjaya lah tempat yang boleh aku gelar rumah kedua aku. Aku rasa aku menghabiskan masa lebih banyak di Cyberjaya jika dibanding dengan masa yang aku luangkan di rumah aku sendiri. Sad, but i do think it is true.

Sejak itu aku berulang alik dari KL ke Cyber, mulanya melalui MRR2 – SILK dan seterusnya MEX setelah MEX siap pembinaan pada tahun 2008. Semenjak adanya MEX perjalanan KL-Cyber aku sungguh, skema. Skema dalam erti kata tiada pemandangan, jika ada pun statik tidak berubah. Hinggakan ada satu waktu aku boleh bertemu dengan “rakan” kereta yang lain. Jika ada pun semasa aku melalui MRR2, disebabkan ia merupakan satu lebuhraya maka apa yang disekelilingnya juga skema, souless, tidak berjiwa.

Tapi sungguh berlainan sekali dengan TTDI – KL. Perjalanan melalui Sprint – Semantan – Kuching – Tun Razak sungguh mengujakan. Dengan hiruk pikuk kenderaan di sekeliling aku, motosikal yang mencelah celah, pegawai trafik dengan muka selanga menggesakan perjalanan aku.

Setiba di hadapan RHB, tedetik hati aku untuk menurunkan tingkap.. membenarkan jiwa KL menusuk masuk ke kereta aku. Yes, ini KL. Ini baru KL… bau haprak asap kenderaan, deruan enjin bas, motosikal, lori semua memenuhi deria ku.. aku merasakan hidup ..

Jika ini lah yang bakal menyambut aku sepanjang pernghidupan aku di “tempat baru” … i am not complaining..

KL, selamat datang!

1 Comment

Filed under Uncategorized

kita ada scandal? …

Aku mula – mula diperkenalkan kepada lagu Aku Scandal di Birthday Bash Fly FM 2007. Semasa hujan menyanyikan lagu ini, aku begitu kagum dengan kebolehan Hujan untuk membawa seluruh crowd pada malam itu; yang pada kiraan kasar aku dalam 2 ribu orang, menyanyi sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Aku masih ingat lagi brader sebelah aku menyanyikan lagu ini penuh perasaan lengkap dengan hayunan tangan dan pejaman mata; ya sungguh menjiwai lagu ini.

Ok, itu sejarah aku dan Aku Scandal. Sebelum Hujan menghasilkan album pertama mereka, aku selalu merasakan jika Hujan ingin ke Juara Lagu, ini lah lagu yang patut menjadi pertaruhan mereka. Inilah lagu yang mampu untuk menjadi bukti kepada dunia seni tempatan, Noh bukan hanya seorang frontman yang lincah bergitar di atas pentas, malah lincah menghasilkan lagu.

Aku Scandal berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir juara lagu yang bakal berlansung pada 10 Januari 2010. Selesai sudah pertarungan dengan 30 lagu di peringkat separih akhir, Cherly Samad, Faizal Ismail dan Ezlynn telah mengumumkan Aku Scandal sebagai lagu pertama yang ke final.

“Kena bagi ucapan ke?” Itu ayat pertama Noh di mikrofon. Cukup untuk menceritakan secara penuh siapa Noh yang sebenar. Konsert Mencari Konklusi Tour Finale minggu lepas penuh dengan antique Noh sendiri. Perwartakan Noh yang sentiasa ceria (ketika membuat persembahan) dapat di rasai melalui Aku Scandal.

Lagu cinta (baca:tangkap leleh/lentok) telah lama menjadi sebahagian dari hidup kita. Hasil garapan pencipta lagu seperti Eddie Hamid dan Saari Amri telah lama menjadi torch bearer kepada tema “aku sayang engkau-jika kau tinggalkan aku-baik kau ambik kapak, bunuh aku“. Ada beberapa pecubaan dari beberapa artis terutama sekali artis berkumpulan untuk membawa tema yang sama tetapi menyanyikan dengan lagu yang berlainan rentak dan irama. Paling notable sekali bagi aku adalah percubaan dari kumpulan Exist dari hasil ciptaan Gnola. (cuba teka, sapakah pemilik nama pena Gnola ini :P) Tapi tiada yang mampu untuk membawa pembaharuan seperti apa yang ada pada Aku Scandal. Itu daya penarik utama lagu ini kepada aku, dan ribuan pendukung Hujan yang lain.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri

Tema yang sama tapi approach yang berbeza. Memang membawa secara lansung mesej pemuzik generasi Y dan mungkin juga Z kepada umum bahawa “muzik kita perlu perubahan, dan kami bersedia untuk mengubah nya!”

Memang menjadi lumrah kepada mana – mana album atau penyanyi/kumpulan lagu yang agak slow akan mendapat perhatian umum. Lagu yang bertemakan cinta atau kasih sayang akan menjadi perhatian ramai. Noh menggunakan konsep yang sama tetapi dia tidak succumb kepada kebanyakan untuk menjadikan lagu ini mendayu – dayu. Oh sungguh bukan Hujan jika ia mendayu – dayu. (Ok lain kali kita cerita pasal kotak hati, kau pijak hatiku dan pelbagai lagi lagu yang sewaktu dengannya) Noh boleh memilih Jika Aku Sudah Tiada sebagai pertaruhan ke juara lagu dengan konsep yang sama tetapi mesej yang dia ingin sampaikan kepada umum mesej, mesej di atas lah, malas aku nak ulang. Selari dengan keinginan itu Aku Scandal memang sesuai untuk misi ini.

Aidil (frontman Couple,jika anda semua belum tahu lah) menulis seperti berikut di Junk sebagai ulasan album petama hujan

And just as Sheila On 7 made it okay for Indonesian bands to sound a little fresher, and incorporate more modern influences and still be successful, like it or not Hujanโ€™s also made it a lot more attractive for Malaysian indie bands to start singing in Malay, and made a lot more Malaysian kids care more for Malaysian indie bands.

Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan aku, tetapi aku; yang cetek ilmu dengan muzik tempatan, merasakan apa yang ditulis oleh Aidil itu sungguh benar sekali. Ini Aidil, frontman Couple. Rasanya tidak ramai yang lebih arif berkenaan dengan muzik tempatan selain dia :p Aku harus katakan di sini, mungkin OAG telah lakukanya terlebih dahulu. Diikuti pula oleh Flop Poppy tetapi appeal underground ada pada Hujan. Sebab itu kesan push yang di bawa oleh Hujan, lebih menyengat. Ok aku bias Hujan ๐Ÿ˜›

2 tahun berturut Juara Lagu menyaksikan juara dari golongan indie ini. Estranged dengan Itu Kamu, dan Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu. Tidak mustahil juara tahun ini datang dari golongan ini. Yuna, Aizat, Bunkface, Estranged dan Hujan sendiri memberi peluang yang amat cerah untuk mengondol hadiah terulung di bidang seni suara tanah air. Aku tidak sekali memandang rendah keupayaan big wig seperti Misha Omar dan lebih – lebih lagi, Abang Long aku Faizal Tahir :p, tetapi pukulan ombak indie ini terlalu kuat pada pandangan aku untuk di tahan oleh sesiapa termasuklah Abang Long.

Senyuman manis dibawa angin,
Ku tunggu dikau terasa dingin,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Mesejnya mudah. Boy meets girl. Boy loves girl. Girl leaves boy.Boy got hurt. Aku ambil perumpamaan Noh buat lagu, noh lah boy. Muzik nya catchy. Solo nya mengancam. Dengan penyertaan Dimas di keyboard, arrangement lagu ini semakin tight. Sudah bertahun aku mendengar lagu ini. Aku pernah jadikan lagu ini ringtone aku. Aku sudah dengar pelbagai versi secara live atau di youtube. Walau aku berharap kelainan pada 10 Januari nanti, tetapi aku mengharapkan tidak banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tangkap lentok dengan versi asal, rasanya 27 juta rakyat Malaysia pun boleh tangkap lentok dengan versi asal.

Semoga berjaya Hujan. They’ve truly become a true rockstar! (noisemonkie, 2009)

6 Comments

Filed under semasa

dan pemenangnya adalah …*drum*drum*drum*… Nazri Aziz

Di negara BOLEHland ini terdapat satu pertandingan yang kurang mendapat perhatian dari pihak media dan juga rakyat marhaen. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh golongan elitist kasta astasan dalam heiraki susun atur masyarakat di BOLEHland. Pertandingan ini hanya boleh disertai jika anda mempunyai IQ yang luar biasa jumlahnya; tinggi atau rendah IQ itu biarlah anda semua yang menjadi hakimnya.

Pertandingan yang diberi nama SIAPA-BERCAKAP-PALING-BANGANG-DI-1MALAYSIA atau nama pendek nya SIBEPABADISA telah menarik perhatian pemerhati dari luar terutama sekali dari kerabat di raja Kuwait.

Pertandingan ini walaupun kurang mendapat liputan media massa ia masih mampu untuk membuat para peserta berusaha sedaya upaya untuk memenangninya. Walaupun hadiah, jika dilihat dari mata kita rakyat marhean mungkin hanyalah Piala Pusingan ataupun voucer membeli belah di gedung terkemuka UDA Ocean, daya saing yang ditunjukkan oleh para peserta pertandingan ini sungguh menajubkan!

Setelah Piala Pusingan berada di gengaman peserta ini dengan aksi luar biasa pada minggu lepas untuk minggu ini kita telah ada pemenanganya.

Agak sukar untuk kita rakyat biasa ini yang tidak mempunyai tahap IQ yang setaraf dengan mereka untuk memahami skill dan keupayaan luar biasa para peserta pertandingan ini. Amat sukar untuk kita capai tahap yang serupa dengan mereka. Mungkin atas sebab itu kita memang tidak akan mampu untuk mempamerkan keupayaan yang setanding dengan mereka.

Untuk minggu ini kita sudah ada pemenangnya. Walaupun minggu ini baru berusia 1hari, tetapi sukar untuk barisan hakim untuk tidak mengiktiraf skill dan kemahiran yang dipamerkan oleh peserta ini. Peserta yang berasal dari Padang Rengas ini telah melepaskan kata – kata ini untuk menarik perhatian bukan sahaja barisan hakim yang bijaksana malahan kita sebagai pemerhati pertandingan ini :

No action was taken against controversial lawyer V. K. Lingam as heย had not breached any specific law in lobbying the appointment of judgesas shown in the Lingam video clip, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said.

 

 

Kebanyakan para pemerhati di kalangan rakyat marhean hanya mampu berkata

    PERGH!

terhadap skill terkini yang ditunjukkan oleh pemenang minggu ini.

Tahniah Datuk Seri. Anda telah memenangi pertandingan untuk minggu ini. Dengan kemahiran yang Datuk Seri tunjukkan sebentar tadi, insyAllah rasanya Piala Pusingan mungkin berada di tangan Datuk Seri untuk satu jangkamasa yang agak lama. Walaupun terdapat beberapa calon yang mampu mengugat kedudukan Datuk Seri hasil latihan tanpa henti Datuk Seri secara jujur saya berpendapat, Datuk Seri berada di tahap yang sungguh sukar di capai oleh akal manusia biasa.

Leave a comment

Filed under semasa

eh eh eh …

Apa yang berlaku di persidangan Dewan Rakyat direkodkan dan disimpan sebagai Hasnard Parlimen yang boleh dibaca oleh semua pihak di URL di bawah;

http://www.parlimen.gov.my/hansard.php

Walaupun setakat ini, beberapa hasnard yang saya sendiri rujuk mempunyai catatan bahawa hasnard tersebut belum lagi disemak, rasanya semua fail PDF yang terdapat di laman sesawang tersebut boleh di ambil sebagai sah. Oleh itu kita bolehlah mengambil hasnard Parlimen sebagai satu rekod catatan kepada perjalanan sesi di Dewan Rakyat.

Sila rujuk hasnard di bawah ;

Sidang Dewan Rakyat 4 November 2009

Pada sesi Dewan Rakyat tersebut YAB Perdana Menteri ( menurut kata Cikgu Sheffudin sepatutnya Menteri Perdana :P) telah menyebut seperti tertera di bawah;

Dari segi perundangan negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan dari perairan negeri tersebut. Dalam hal ini, perairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water mark) dengan izin, atau pesisir pantai negeri tersebut. Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tiada ada hak untuk menuntut pembayaran royalti Petroleum seperti juga negeri Terengganu.

Sekarang saya bawa perhatian tuan puan ke hasnard parlimen untuk sidang Dewan Rakyat 12 November 1975. Anda semua boleh rujuk sendiri hasnard tersebut melalui URL di bawah;

Sidang Dewan Rakyat 12 November 1975

Jika kita rujuk hasnard tersebut, YAB Perdana Menteri pada ketika itu yang juga merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri kita yang terkini ( sejak bila pula jawatan Perdana Menteri boleh dijadikan dinasti? itu cerita lain hari lah ya ๐Ÿ˜› ) beliau telah menyatakan seperti di bawah

Tuan Lim Kit Siang (di bawah S.O.24 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjong Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Berikut adalah jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroliam, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor
pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiaptiap negeri akan menerima 5% daripada nilai
petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektorkontrektornya.

Eh.. di mana pula ada disebut berkenaan dengan 3 batu nautika? YAB PM kita ada dokumen lainkah? YAB PM kita ada akta sendiri khas buat Kelantan?

Atau ada dokumen lain yang menyatakan definisi kepada perairan negara/negeru?

Kepada yang berminat untuk membaca lebin lanjut, disertakan di bawah adalah URL untuk Akta Kemajuan Petroleum 1974

Akta Kemajuan Petroleum 1974

Leave a comment

Filed under semasa

Revenge of the sequel?

With almost everyone in my 362 friend list in Facebook had already watched Micheal Bay’s latest movie, I am to say quite interested to have this write up.

The last update form this blog was about few months back I guess, that is what the toll of power of capitalism had affected me. Having coming back from a “long” haitus must be something super interesting for me pour my thoughts on this blog.

Since the movie was out last week in the UK, Peruzian was the first to comment to me.ย  Suck big time, that was not the exact words, but that was it meant. Then Rotten Tomatoes told me its only as good as 40%. (Brother Effi showed me that it has went spiraling down to a measely 20%)

I never liked the first one. I still remember vividly, the moment the credits start rolling at the end of the first installment these are my words to my then girlfriend ( I love you baby :D), “I don’t like this, this movie is like an empty can. BANG! BANG! BANG! Nothing inside”.

But I can’t deny that the first movie was a visual galore. Not since Matrix:Reloaded and Spiderman 1, did I ever see such beauty in a movie. So beautiful the art work that I will recomment to anyone outthere, Transformers 2 diskc Blu-Ray is a must have, along with T2 and mankind’s ultimate movie showpiece, The Godfather Part II.

That brings me to the topic,ย  The Godfather Part II.

TheGodfatherPartII1974

Due to the success of any first movie, the sequel has always have the difficulty to fulfill the expectation and hype of the first installment. Thus the sequel syndrome is born.ย  But this does not mean that all sequel are doomed. Take T2 for example or again, The Godfather Part II.

Godfather Part II (will be known as only Godfarther,henceforth) is one the very rare sequel that actually eclipse and overshadowed it’s original movie. But do not take this statement likely, the first Godfather is a masterpiece by itself already. Without the part II and Part III (urghh) later, the first installment will always feature at anyone’s or anywebsite’s top 100, 250, 10,5 movie of all time.

In Godfather is where Micheal continues his dad role as the head of the family. After the near fatal attack to Vito in the first installment, Micheal reluctantly volunteer to finish off the person who is responsible to the attack of his father. That incident was the point where he actually join the family’s business after repeatedly telling Kay, “I am not like them.”

Not to mention also in the movie where Coppola decided to tell the story on how Vito started to build his empire. This decision is simply genius! De Niro really pulls out an excellent performance as Vito.

There way too many scene to pick out as a deifinin, memorable moment in this movie. But I choose this one. This scene where Micheal decided to “finish off” his own brother, Fredo.

A bit of trivia here, everytime there is a murder,killing in this movie, you will noticed that an activity involving fruit; be it eating it, peeling it, or making monkey faces with it will be shown before it. Nice one Copolla.

With this, let us celebrate probably the best sequel to a movie that a man can make. The best ever!

But how should I leave without showing this clip too:

1 Comment

Filed under hiburan

bangga gila aku …

ada beberapa moment aku goosebump nanga trailer movie / series,

this is one of them …

stedei gila eh ..

the other moments that gave me goosebump too..

Lord vader

Yes master ?

Raise …

Pricesless…

After years of waiting for sequel, they gave us 2 in a year ๐Ÿ˜€

Both these teaser and trailer aku download masa nya baruk kuar. Nang aku tunggu the very moment it is available on the net for me to download.

For Revenge of the sith, I actually had all my housemate to gather around the PC to watch it together one shot. With the lights turned off.

As of the superbowl reloaded trailer, I literally had tears in my eyes watching it.

I am still waiting for another movie that can give me the same impact.

Leave a comment

Filed under bahasa sarawak, hiburan

the tony wong disease …

Dari zaman aku sekolah lagi aku suka baca komik. Sebelum kegawatan ekonomi 1997, aku rasa tak cool baca komik alih bahasa Hong Kong. Aku hanya baca komik keluaran Marvel atau pun DC. Masa tu harga komik 3.15 senaskah. Bila George Soros rasa it is time to play with people’s live in South East Asia, komik – komik barat tadi dah jadi 13 ringgit senaskah. Serius takde duit aku nak beli lagi.

Untuk mengisi kepingin aku baca komik, I finally turn my head to komik alih bahasa Hong Kong. Antara sebab aku tak baca komik Hong Kong dulu adalah sebab pemakaian karektor komik nya. Kamon lah, baju ofis guna untuk lawan, tak boleh blah siot. Tapi tu lah, dah takde pilihan. Komik Hong Kong pun komik Hong Kong lah.

Komik – komik ini lah satu – satunya entiti yang bersama aku dalam semua fasa kehidupan aku. Sekolah –> Universiti –> Bujang tak kerja –> bujang dah kerja –> Kahwin beristeri hot ! ๐Ÿ˜€ hehe..

Aku baca lebih banyak komik lah, malas lah nak detail kan satu – satu tajuk kan. So aku detailkan yang penting sahaja. Pendekar laut. Dari pendekat laut wujudlah Wira Tunggal, dari Wira Tunggal evolusi berterusan sampai sekarang naskah ke 500++ last i checked lah.

Dulu, aku suka baca karya Wan Yat Leung. Dia mula glamer lepas Pendekar Laut. Pendekar Laut dilukis dengan skrip komik tersebut telah siap dihasilkan terlebih dahulu. Teknik ini amat berlainan dengan yang diamalkan oleh Tony Wong. Tony Wong yang terkenal dengan komik Alam Pewira dan Dewata Raya melukis komik as the story evolves. Bukan macam filem atau drama yang telah siap skrip nya. So, komik Tony Wong tends to move towards entah ke mana – mana. Perkembangan cerita tidak konsisten, tidak teratur, tidak terurus.

Tapi komik Wira Tunggal bukan lagi dihasilkan oleh Wan Yat Leung. Walaupun ia merupakan rentetan dari peristiwa Pendekar Laut, it dihasilkan oleh penulis lain. Oleh itu, Wira Tunggal sekarang menghadapi masalah yang sama dengan komik – komik Tony Wong. The Tony Wong Disease.

Semasa di UTP aku jugak baca manga – manga dari Jepun. Dari zaman kolej sehingga lah sekarang hanya 2 manga yang aku masih tunggu – tunggu kemunculan nya. Eyeshield 21 dan Naruto. Pada pendapat aku, Bleach telah di jangkiti The Tony Wong Disease. So aku tak lah ternanti – nanti kemunculan Bleach setiap minggu.

Walaupun Eyesheild 21 sudah menjenguk naskah ke 322, antara petanda asas The Tony Wong Disease, tapi aku yakin pertarungan terakhir ini akan menjadi penutup kepada kisah menarik Kobayakun Sena. American Football World Youth Cup final menentang Amerika Syarikat. Takkan lah lepas menang nih nak lawan T2000 dari future pulak kan ๐Ÿ˜€

12

Now let us talk about Naruto. Antara anime / manga terhangat Jepun sekarang. Sekarang manga naskah ke 440, memang sah – sah petanda The Tony Wong Disease. Sekarang pertarungan menentang Pain. Naruto dah menguasai teknik – teknik yang 4th Hokage pun tak mampu nak belajar. Si Jiraiya pun dah mati dibunun Pain. Petanda – petanda manga ini akan berakhir bukan?

Bukan … Adeh – adeh.. aku dah tak mampu nak baca lagi lah.. dah dah lah tu..

naruto1

Leave a comment

Filed under hiburan