eh eh eh …

Apa yang berlaku di persidangan Dewan Rakyat direkodkan dan disimpan sebagai Hasnard Parlimen yang boleh dibaca oleh semua pihak di URL di bawah;

http://www.parlimen.gov.my/hansard.php

Walaupun setakat ini, beberapa hasnard yang saya sendiri rujuk mempunyai catatan bahawa hasnard tersebut belum lagi disemak, rasanya semua fail PDF yang terdapat di laman sesawang tersebut boleh di ambil sebagai sah. Oleh itu kita bolehlah mengambil hasnard Parlimen sebagai satu rekod catatan kepada perjalanan sesi di Dewan Rakyat.

Sila rujuk hasnard di bawah ;

Sidang Dewan Rakyat 4 November 2009

Pada sesi Dewan Rakyat tersebut YAB Perdana Menteri ( menurut kata Cikgu Sheffudin sepatutnya Menteri Perdana :P) telah menyebut seperti tertera di bawah;

Dari segi perundangan negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan dari perairan negeri tersebut. Dalam hal ini, perairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water mark) dengan izin, atau pesisir pantai negeri tersebut. Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tiada ada hak untuk menuntut pembayaran royalti Petroleum seperti juga negeri Terengganu.

Sekarang saya bawa perhatian tuan puan ke hasnard parlimen untuk sidang Dewan Rakyat 12 November 1975. Anda semua boleh rujuk sendiri hasnard tersebut melalui URL di bawah;

Sidang Dewan Rakyat 12 November 1975

Jika kita rujuk hasnard tersebut, YAB Perdana Menteri pada ketika itu yang juga merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri kita yang terkini ( sejak bila pula jawatan Perdana Menteri boleh dijadikan dinasti? itu cerita lain hari lah ya 😛 ) beliau telah menyatakan seperti di bawah

Tuan Lim Kit Siang (di bawah S.O.24 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjong Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Berikut adalah jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroliam, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor
pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiaptiap negeri akan menerima 5% daripada nilai
petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektorkontrektornya.

Eh.. di mana pula ada disebut berkenaan dengan 3 batu nautika? YAB PM kita ada dokumen lainkah? YAB PM kita ada akta sendiri khas buat Kelantan?

Atau ada dokumen lain yang menyatakan definisi kepada perairan negara/negeru?

Kepada yang berminat untuk membaca lebin lanjut, disertakan di bawah adalah URL untuk Akta Kemajuan Petroleum 1974

Akta Kemajuan Petroleum 1974

Advertisements

Leave a comment

Filed under semasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s