Category Archives: semasa

kita ada scandal? …

Aku mula – mula diperkenalkan kepada lagu Aku Scandal di Birthday Bash Fly FM 2007. Semasa hujan menyanyikan lagu ini, aku begitu kagum dengan kebolehan Hujan untuk membawa seluruh crowd pada malam itu; yang pada kiraan kasar aku dalam 2 ribu orang, menyanyi sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Aku masih ingat lagi brader sebelah aku menyanyikan lagu ini penuh perasaan lengkap dengan hayunan tangan dan pejaman mata; ya sungguh menjiwai lagu ini.

Ok, itu sejarah aku dan Aku Scandal. Sebelum Hujan menghasilkan album pertama mereka, aku selalu merasakan jika Hujan ingin ke Juara Lagu, ini lah lagu yang patut menjadi pertaruhan mereka. Inilah lagu yang mampu untuk menjadi bukti kepada dunia seni tempatan, Noh bukan hanya seorang frontman yang lincah bergitar di atas pentas, malah lincah menghasilkan lagu.

Aku Scandal berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir juara lagu yang bakal berlansung pada 10 Januari 2010. Selesai sudah pertarungan dengan 30 lagu di peringkat separih akhir, Cherly Samad, Faizal Ismail dan Ezlynn telah mengumumkan Aku Scandal sebagai lagu pertama yang ke final.

“Kena bagi ucapan ke?” Itu ayat pertama Noh di mikrofon. Cukup untuk menceritakan secara penuh siapa Noh yang sebenar. Konsert Mencari Konklusi Tour Finale minggu lepas penuh dengan antique Noh sendiri. Perwartakan Noh yang sentiasa ceria (ketika membuat persembahan) dapat di rasai melalui Aku Scandal.

Lagu cinta (baca:tangkap leleh/lentok) telah lama menjadi sebahagian dari hidup kita. Hasil garapan pencipta lagu seperti Eddie Hamid dan Saari Amri telah lama menjadi torch bearer kepada tema “aku sayang engkau-jika kau tinggalkan aku-baik kau ambik kapak, bunuh aku“. Ada beberapa pecubaan dari beberapa artis terutama sekali artis berkumpulan untuk membawa tema yang sama tetapi menyanyikan dengan lagu yang berlainan rentak dan irama. Paling notable sekali bagi aku adalah percubaan dari kumpulan Exist dari hasil ciptaan Gnola. (cuba teka, sapakah pemilik nama pena Gnola ini :P) Tapi tiada yang mampu untuk membawa pembaharuan seperti apa yang ada pada Aku Scandal. Itu daya penarik utama lagu ini kepada aku, dan ribuan pendukung Hujan yang lain.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri

Tema yang sama tapi approach yang berbeza. Memang membawa secara lansung mesej pemuzik generasi Y dan mungkin juga Z kepada umum bahawa “muzik kita perlu perubahan, dan kami bersedia untuk mengubah nya!”

Memang menjadi lumrah kepada mana – mana album atau penyanyi/kumpulan lagu yang agak slow akan mendapat perhatian umum. Lagu yang bertemakan cinta atau kasih sayang akan menjadi perhatian ramai. Noh menggunakan konsep yang sama tetapi dia tidak succumb kepada kebanyakan untuk menjadikan lagu ini mendayu – dayu. Oh sungguh bukan Hujan jika ia mendayu – dayu. (Ok lain kali kita cerita pasal kotak hati, kau pijak hatiku dan pelbagai lagi lagu yang sewaktu dengannya) Noh boleh memilih Jika Aku Sudah Tiada sebagai pertaruhan ke juara lagu dengan konsep yang sama tetapi mesej yang dia ingin sampaikan kepada umum mesej, mesej di atas lah, malas aku nak ulang. Selari dengan keinginan itu Aku Scandal memang sesuai untuk misi ini.

Aidil (frontman Couple,jika anda semua belum tahu lah) menulis seperti berikut di Junk sebagai ulasan album petama hujan

And just as Sheila On 7 made it okay for Indonesian bands to sound a little fresher, and incorporate more modern influences and still be successful, like it or not Hujan’s also made it a lot more attractive for Malaysian indie bands to start singing in Malay, and made a lot more Malaysian kids care more for Malaysian indie bands.

Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan aku, tetapi aku; yang cetek ilmu dengan muzik tempatan, merasakan apa yang ditulis oleh Aidil itu sungguh benar sekali. Ini Aidil, frontman Couple. Rasanya tidak ramai yang lebih arif berkenaan dengan muzik tempatan selain dia :p Aku harus katakan di sini, mungkin OAG telah lakukanya terlebih dahulu. Diikuti pula oleh Flop Poppy tetapi appeal underground ada pada Hujan. Sebab itu kesan push yang di bawa oleh Hujan, lebih menyengat. Ok aku bias Hujan 😛

2 tahun berturut Juara Lagu menyaksikan juara dari golongan indie ini. Estranged dengan Itu Kamu, dan Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu. Tidak mustahil juara tahun ini datang dari golongan ini. Yuna, Aizat, Bunkface, Estranged dan Hujan sendiri memberi peluang yang amat cerah untuk mengondol hadiah terulung di bidang seni suara tanah air. Aku tidak sekali memandang rendah keupayaan big wig seperti Misha Omar dan lebih – lebih lagi, Abang Long aku Faizal Tahir :p, tetapi pukulan ombak indie ini terlalu kuat pada pandangan aku untuk di tahan oleh sesiapa termasuklah Abang Long.

Senyuman manis dibawa angin,
Ku tunggu dikau terasa dingin,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Mesejnya mudah. Boy meets girl. Boy loves girl. Girl leaves boy.Boy got hurt. Aku ambil perumpamaan Noh buat lagu, noh lah boy. Muzik nya catchy. Solo nya mengancam. Dengan penyertaan Dimas di keyboard, arrangement lagu ini semakin tight. Sudah bertahun aku mendengar lagu ini. Aku pernah jadikan lagu ini ringtone aku. Aku sudah dengar pelbagai versi secara live atau di youtube. Walau aku berharap kelainan pada 10 Januari nanti, tetapi aku mengharapkan tidak banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tangkap lentok dengan versi asal, rasanya 27 juta rakyat Malaysia pun boleh tangkap lentok dengan versi asal.

Semoga berjaya Hujan. They’ve truly become a true rockstar! (noisemonkie, 2009)

6 Comments

Filed under semasa

dan pemenangnya adalah …*drum*drum*drum*… Nazri Aziz

Di negara BOLEHland ini terdapat satu pertandingan yang kurang mendapat perhatian dari pihak media dan juga rakyat marhaen. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh golongan elitist kasta astasan dalam heiraki susun atur masyarakat di BOLEHland. Pertandingan ini hanya boleh disertai jika anda mempunyai IQ yang luar biasa jumlahnya; tinggi atau rendah IQ itu biarlah anda semua yang menjadi hakimnya.

Pertandingan yang diberi nama SIAPA-BERCAKAP-PALING-BANGANG-DI-1MALAYSIA atau nama pendek nya SIBEPABADISA telah menarik perhatian pemerhati dari luar terutama sekali dari kerabat di raja Kuwait.

Pertandingan ini walaupun kurang mendapat liputan media massa ia masih mampu untuk membuat para peserta berusaha sedaya upaya untuk memenangninya. Walaupun hadiah, jika dilihat dari mata kita rakyat marhean mungkin hanyalah Piala Pusingan ataupun voucer membeli belah di gedung terkemuka UDA Ocean, daya saing yang ditunjukkan oleh para peserta pertandingan ini sungguh menajubkan!

Setelah Piala Pusingan berada di gengaman peserta ini dengan aksi luar biasa pada minggu lepas untuk minggu ini kita telah ada pemenanganya.

Agak sukar untuk kita rakyat biasa ini yang tidak mempunyai tahap IQ yang setaraf dengan mereka untuk memahami skill dan keupayaan luar biasa para peserta pertandingan ini. Amat sukar untuk kita capai tahap yang serupa dengan mereka. Mungkin atas sebab itu kita memang tidak akan mampu untuk mempamerkan keupayaan yang setanding dengan mereka.

Untuk minggu ini kita sudah ada pemenangnya. Walaupun minggu ini baru berusia 1hari, tetapi sukar untuk barisan hakim untuk tidak mengiktiraf skill dan kemahiran yang dipamerkan oleh peserta ini. Peserta yang berasal dari Padang Rengas ini telah melepaskan kata – kata ini untuk menarik perhatian bukan sahaja barisan hakim yang bijaksana malahan kita sebagai pemerhati pertandingan ini :

No action was taken against controversial lawyer V. K. Lingam as he had not breached any specific law in lobbying the appointment of judgesas shown in the Lingam video clip, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said.

 

 

Kebanyakan para pemerhati di kalangan rakyat marhean hanya mampu berkata

    PERGH!

terhadap skill terkini yang ditunjukkan oleh pemenang minggu ini.

Tahniah Datuk Seri. Anda telah memenangi pertandingan untuk minggu ini. Dengan kemahiran yang Datuk Seri tunjukkan sebentar tadi, insyAllah rasanya Piala Pusingan mungkin berada di tangan Datuk Seri untuk satu jangkamasa yang agak lama. Walaupun terdapat beberapa calon yang mampu mengugat kedudukan Datuk Seri hasil latihan tanpa henti Datuk Seri secara jujur saya berpendapat, Datuk Seri berada di tahap yang sungguh sukar di capai oleh akal manusia biasa.

Leave a comment

Filed under semasa

eh eh eh …

Apa yang berlaku di persidangan Dewan Rakyat direkodkan dan disimpan sebagai Hasnard Parlimen yang boleh dibaca oleh semua pihak di URL di bawah;

http://www.parlimen.gov.my/hansard.php

Walaupun setakat ini, beberapa hasnard yang saya sendiri rujuk mempunyai catatan bahawa hasnard tersebut belum lagi disemak, rasanya semua fail PDF yang terdapat di laman sesawang tersebut boleh di ambil sebagai sah. Oleh itu kita bolehlah mengambil hasnard Parlimen sebagai satu rekod catatan kepada perjalanan sesi di Dewan Rakyat.

Sila rujuk hasnard di bawah ;

Sidang Dewan Rakyat 4 November 2009

Pada sesi Dewan Rakyat tersebut YAB Perdana Menteri ( menurut kata Cikgu Sheffudin sepatutnya Menteri Perdana :P) telah menyebut seperti tertera di bawah;

Dari segi perundangan negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan dari perairan negeri tersebut. Dalam hal ini, perairan negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur daripada tikas air surut (low water mark) dengan izin, atau pesisir pantai negeri tersebut. Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tiada ada hak untuk menuntut pembayaran royalti Petroleum seperti juga negeri Terengganu.

Sekarang saya bawa perhatian tuan puan ke hasnard parlimen untuk sidang Dewan Rakyat 12 November 1975. Anda semua boleh rujuk sendiri hasnard tersebut melalui URL di bawah;

Sidang Dewan Rakyat 12 November 1975

Jika kita rujuk hasnard tersebut, YAB Perdana Menteri pada ketika itu yang juga merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri kita yang terkini ( sejak bila pula jawatan Perdana Menteri boleh dijadikan dinasti? itu cerita lain hari lah ya 😛 ) beliau telah menyatakan seperti di bawah

Tuan Lim Kit Siang (di bawah S.O.24 (2)) minta Perdana Menteri menyatakan samada semua negeri di Semenanjong Malaysia, Sarawak dan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS untuk mencarigali minyak di sepanjang pantai dan samada perjanjian tersebut mengandungi apa-apa syarat dan kepentingan bersama. Nyatakan juga keuntungan bersama yang akan diterima oleh tiap-tiap negeri.

Berikut adalah jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor, telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroliam, 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor
pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut Perjanjian itu, tiaptiap negeri akan menerima 5% daripada nilai
petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektorkontrektornya.

Eh.. di mana pula ada disebut berkenaan dengan 3 batu nautika? YAB PM kita ada dokumen lainkah? YAB PM kita ada akta sendiri khas buat Kelantan?

Atau ada dokumen lain yang menyatakan definisi kepada perairan negara/negeru?

Kepada yang berminat untuk membaca lebin lanjut, disertakan di bawah adalah URL untuk Akta Kemajuan Petroleum 1974

Akta Kemajuan Petroleum 1974

Leave a comment

Filed under semasa

walk the talk …

zul nordin

Di petik dari Hasnard Parlimen pada 26 Februari. Sila klik sini.

Antara petikan,

“Bahawa Dewan ini mengambil langkah mendesak Menteri
Pengangkutan supaya mengarahkan dan / atau mengenakan syarat
kepada syarikat penerbangan Air Asia supaya kakitangan wanitanya
terutama pramugari hendaklah berpakaian yang lebih sopan sekurangkurangnya
seperti pramugari Penerbangan Malaysia”.

Bukan seperti Ahli Parlimen lain yang retorik dalam memperjuangkan agama Islam, nah ini dia seorang yang bukan sahaja melaungkan agenda Islam, berada di Gaza membantu saudara se Islam dengannya, malah telah mengutarakan usul yang ditujukan terus ke Perdana Menteri.

P/s: Baru aku sedar besar lagi tangungjawab Perdana Menteri. Banyak yang bakal di jawab di akhirat kelak, nauzubillah.

Leave a comment

Filed under semasa

di kala pemimpin ISLAM Arab dan Dunia Islam hanya berdiam diri …

Untuk mengetahui lebih berkenaan dengan Goerge Galloway, boleh kliksini.

Leave a comment

Filed under semasa

Sudut Pandang

Kenapa nak campur aduk bercakap dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu?

Hishamuddin, ini lebih dari perebutan tanah.

Keupayaan bertutur Hisamuddin memang menajbukan.

Jarang – jarang ahli politik pembangkang di beri peluang untuk muncul di rancangan sebegini rupa, agak bijak dia mengambil peluang ini untuk menghentam kerajaan.

Pendemokrasian 😀

Leave a comment

Filed under semasa

ALLAH IS GREAT !!! (ii)

Serangan darat pihak ketenteraan Israel Zionis Laknatullah telah menemui tentangan hebat dari pembela bumi Islam Palestin di Gaza. Serangan yang di ketuai oleh Brigad Qasam milik Hamas dan juga gerakan Islamic Jihad telah mencapai beberapa kejayaan besar terhadap ketenteraan Israel Zionis Laknatullah yang memiliki persenjataan serba lengkap dan moden.

Fasa serangan darat ini memang merupakan fasa yang amat di nanti – nanti oleh bukan sahaja pembela Palestin malah juga pemerhati ketenteraan seluruh dunia kerana di fasa ini lah baru buku bertemu ruas, baru Israel Zionis Laknatullah boleh menguji kecekapan ketenteraan mereka berbanding dengan persiadaan rapi pembela Palestin.

Berikut dalah petikan dari Palestine Info

GAZA, (PIC)– The Qassam Brigades, the armed wing of Hamas, said on Sunday night that its fighters killed 11 IOF soldiers and wounded 48 others since the start of the land offensive 24 hours ago.

The sources said that five soldiers were killed on Saturday night and six others were killed on Sunday, amongst them an officer with the rank of Colonel.

The Israeli occupation admitted to only one soldier being killed and 30 others wounded.

Meanwhile, Abu Ahmad, the spokesman of the Quds Brigades, the armed wing of the Islamic Jihad, said that Palestinian resistance factions managed to destroy seven IOF tanks int eh Zaitoun neighbourhood of Gaza City, pointing out that the invading troops fell in many ambushes carefully prepared by the Palestinian resistance.

Abu Ahmad added that the battle has not started yet as there are thousands of resistance fighters waiting for the invading forces.

The Qassam Brigades, for its part, said that its fighters destroyed two IOF tanks using B-29 anti-armour rockets.

Furthermore, the Qassam Brigades, said on Sunday morning that its fighters managed to hit an Israeli helicopter.

This was confirmed by Dizzi Rizova, the correspondent of the Bulgarian daily “telegraph” telling al-Jazeera.net that she saw the pilot parachuting, adding that he was not wearing paratroopers uniform which means he bailed out of the aircraft.

Leave a comment

Filed under semasa