Tag Archives: hujan

kita ada scandal? …

Aku mula – mula diperkenalkan kepada lagu Aku Scandal di Birthday Bash Fly FM 2007. Semasa hujan menyanyikan lagu ini, aku begitu kagum dengan kebolehan Hujan untuk membawa seluruh crowd pada malam itu; yang pada kiraan kasar aku dalam 2 ribu orang, menyanyi sepenuh hati, jiwa dan perasaan. Aku masih ingat lagi brader sebelah aku menyanyikan lagu ini penuh perasaan lengkap dengan hayunan tangan dan pejaman mata; ya sungguh menjiwai lagu ini.

Ok, itu sejarah aku dan Aku Scandal. Sebelum Hujan menghasilkan album pertama mereka, aku selalu merasakan jika Hujan ingin ke Juara Lagu, ini lah lagu yang patut menjadi pertaruhan mereka. Inilah lagu yang mampu untuk menjadi bukti kepada dunia seni tempatan, Noh bukan hanya seorang frontman yang lincah bergitar di atas pentas, malah lincah menghasilkan lagu.

Aku Scandal berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir juara lagu yang bakal berlansung pada 10 Januari 2010. Selesai sudah pertarungan dengan 30 lagu di peringkat separih akhir, Cherly Samad, Faizal Ismail dan Ezlynn telah mengumumkan Aku Scandal sebagai lagu pertama yang ke final.

“Kena bagi ucapan ke?” Itu ayat pertama Noh di mikrofon. Cukup untuk menceritakan secara penuh siapa Noh yang sebenar. Konsert Mencari Konklusi Tour Finale minggu lepas penuh dengan antique Noh sendiri. Perwartakan Noh yang sentiasa ceria (ketika membuat persembahan) dapat di rasai melalui Aku Scandal.

Lagu cinta (baca:tangkap leleh/lentok) telah lama menjadi sebahagian dari hidup kita. Hasil garapan pencipta lagu seperti Eddie Hamid dan Saari Amri telah lama menjadi torch bearer kepada tema “aku sayang engkau-jika kau tinggalkan aku-baik kau ambik kapak, bunuh aku“. Ada beberapa pecubaan dari beberapa artis terutama sekali artis berkumpulan untuk membawa tema yang sama tetapi menyanyikan dengan lagu yang berlainan rentak dan irama. Paling notable sekali bagi aku adalah percubaan dari kumpulan Exist dari hasil ciptaan Gnola. (cuba teka, sapakah pemilik nama pena Gnola ini :P) Tapi tiada yang mampu untuk membawa pembaharuan seperti apa yang ada pada Aku Scandal. Itu daya penarik utama lagu ini kepada aku, dan ribuan pendukung Hujan yang lain.

Waktu duka dulu kita lalui bersama,
Bahgia bagaikan malam ditemani bintang terang,
Hancur hati bila kau undurkan diri,
Meninggalkan daku, meninggalkan daku sendiri

Tema yang sama tapi approach yang berbeza. Memang membawa secara lansung mesej pemuzik generasi Y dan mungkin juga Z kepada umum bahawa “muzik kita perlu perubahan, dan kami bersedia untuk mengubah nya!”

Memang menjadi lumrah kepada mana – mana album atau penyanyi/kumpulan lagu yang agak slow akan mendapat perhatian umum. Lagu yang bertemakan cinta atau kasih sayang akan menjadi perhatian ramai. Noh menggunakan konsep yang sama tetapi dia tidak succumb kepada kebanyakan untuk menjadikan lagu ini mendayu – dayu. Oh sungguh bukan Hujan jika ia mendayu – dayu. (Ok lain kali kita cerita pasal kotak hati, kau pijak hatiku dan pelbagai lagi lagu yang sewaktu dengannya) Noh boleh memilih Jika Aku Sudah Tiada sebagai pertaruhan ke juara lagu dengan konsep yang sama tetapi mesej yang dia ingin sampaikan kepada umum mesej, mesej di atas lah, malas aku nak ulang. Selari dengan keinginan itu Aku Scandal memang sesuai untuk misi ini.

Aidil (frontman Couple,jika anda semua belum tahu lah) menulis seperti berikut di Junk sebagai ulasan album petama hujan

And just as Sheila On 7 made it okay for Indonesian bands to sound a little fresher, and incorporate more modern influences and still be successful, like it or not Hujan’s also made it a lot more attractive for Malaysian indie bands to start singing in Malay, and made a lot more Malaysian kids care more for Malaysian indie bands.

Mungkin ramai yang tidak sependapat dengan aku, tetapi aku; yang cetek ilmu dengan muzik tempatan, merasakan apa yang ditulis oleh Aidil itu sungguh benar sekali. Ini Aidil, frontman Couple. Rasanya tidak ramai yang lebih arif berkenaan dengan muzik tempatan selain dia :p Aku harus katakan di sini, mungkin OAG telah lakukanya terlebih dahulu. Diikuti pula oleh Flop Poppy tetapi appeal underground ada pada Hujan. Sebab itu kesan push yang di bawa oleh Hujan, lebih menyengat. Ok aku bias Hujan πŸ˜›

2 tahun berturut Juara Lagu menyaksikan juara dari golongan indie ini. Estranged dengan Itu Kamu, dan Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu. Tidak mustahil juara tahun ini datang dari golongan ini. Yuna, Aizat, Bunkface, Estranged dan Hujan sendiri memberi peluang yang amat cerah untuk mengondol hadiah terulung di bidang seni suara tanah air. Aku tidak sekali memandang rendah keupayaan big wig seperti Misha Omar dan lebih – lebih lagi, Abang Long aku Faizal Tahir :p, tetapi pukulan ombak indie ini terlalu kuat pada pandangan aku untuk di tahan oleh sesiapa termasuklah Abang Long.

Senyuman manis dibawa angin,
Ku tunggu dikau terasa dingin,
Engkau tetap pergi,
Pergi meninggalkan ku sendiri.

Mesejnya mudah. Boy meets girl. Boy loves girl. Girl leaves boy.Boy got hurt. Aku ambil perumpamaan Noh buat lagu, noh lah boy. Muzik nya catchy. Solo nya mengancam. Dengan penyertaan Dimas di keyboard, arrangement lagu ini semakin tight. Sudah bertahun aku mendengar lagu ini. Aku pernah jadikan lagu ini ringtone aku. Aku sudah dengar pelbagai versi secara live atau di youtube. Walau aku berharap kelainan pada 10 Januari nanti, tetapi aku mengharapkan tidak banyak sangat perubahan yang dilakukan. Aku tangkap lentok dengan versi asal, rasanya 27 juta rakyat Malaysia pun boleh tangkap lentok dengan versi asal.

Semoga berjaya Hujan. They’ve truly become a true rockstar! (noisemonkie, 2009)

6 Comments

Filed under semasa

fanboyisme??…

They’ve released the MV few weeks ago.

Some cynics are saying, “baik panggil band nih NOH, jangan guna nama HUJAN dah!!?!”

πŸ˜€

Enjoy..

Leave a comment

Filed under hiburan

empayarmu ….

Saya tujukan lagu ini buat perdana menteri tercinta πŸ˜€

suku kaum mu memang begitu
dari jauh bau mu dapat ku hidu
teman datang dan juga pergi
ada juga yg kembali
kucing nama mu warna berbelang
sifat sebenar banyak tembelang
namun aku tidak pasti
cara mu itu dah basi

biar pun mati

empayar empayar empayar empayar mu
bila bila masa
bila bila masa akan musnah

umpan populariti taktik mu
budak hingusan, homo santapanmu
namun aku tidak pasti
cara mu itu dah basi

yg sudah sudah tapi berdendam
makin lama ku simpan makin kuat ku genggam
teman datang dan pergi
ada juga yg kembali

Lirik / Lagu : Noh – Hujan

Leave a comment

Filed under hiburan

the in thing …

If skinny jeans is the ‘in’ fashion right now, blogging is the ‘in’ passtime, and zenith is he ‘in’ football team, hujan is the ‘in’ band in Malaysia.

Everywhere you can read about this band (at least on the internet that is). I have to admit, not that many (or is there ever after Search) is there a band so embrace by the young ones (me, young? :P).

All their gigs are crashed by the hordes of concert goers, their CDs (both EPs and LPs) are selling like hot cakes and their t-shirts (especially the UK version) are stuff of myth nowadays (due to the overwhelming difficulty to obtain one). Every times hujan goes on stage, the amount of people singing along with Noh’s ever so subdued way of singing, the amount of people jumping up and down is enough to tell you the magnitude of support Hujan is getting. Some even have hujan performed at their wedding πŸ˜›

So, last night I stumbled across this banner while I was surfing their myspace page.

After releasing their self-titled debut album, hujan has moved to a new level here. Performing at Planet Hollywood. I was informed that the tickets are already on sale as of today. Might be getting for yours truly by this weekend.

On another note,

found the teaser for their debut vc. Enjoy !!!

p/s:

Leave a comment

Filed under hiburan

ABCDEFGHUJANOPQRSTUVWXYZ

Aku mengharapkan yang lebih dari album hujan ini. Mungkin harapan aku terlampau. Dengan creative juice yang ada pada frontman seperti Noh, aku mengharapkan double disc album. Disc 1 untuk lagu, disc 2 mungkin DVD gig – gig hujan di seantero dunia, paling kurang pun live version lagu – lagu hujan.

Tapi harapanku tinggal harapan. Aku hanya mampu menyatakan kekesalan melalui SMS.

Tapi ia tidak mencacatkan kualiti yang ada pada album ini. Kepada yang sudah memilik 1,2,3 go? dan juga check, check, rock, rock, dua EP yang hujan yang kini mencapai status elusive, album ini mengandungi lagu – lagu dari EP tersebut tetapi di beri arrangement dan juga nafas baru. Lagu bila aku sudah tiada, jiwa kelajuan, rantai rasa (lagu pertama yang dinyanyikan hujan di gig di UM), dan pijak hatiku yang tidak terdapat di dalam dua EP sebelum ini telah di muatkan di dalam album ini.

Hujan hanya menjual EP mereka di tapak gig di serata Malaysia, oleh itu tidak semua berkesempatan untuk mendapatkan kedua – dua EP tersebut. Adalah bijak tindakan Noh untuk memuatkan kembali lagu – lagu itu di dalam album ini. Tetapi, untuk mengelakkan ketepuan yang bakal terjadi kepada peminat tegar hujan yang hadir di gig, mencari video di youtube, memuat turun lagu di internet, hujan memilih untuk memberi nafas baru kepada lagu – lagu di dalam album ini.

8. Pijak hatiku

Pernah disebut sendiri oleh Noh, hujan ingi membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawasanya maih ada harapan dengan industri musik tempatan. Musik tempatan bukan lumpuh di sebabkan lanun cetak rompak tetapi disebabkan oleh kurang nya hasil yang berkualiti. Juga hujan ingin membuktikan kebanjiran ahli musik dari seberang tidak menutup periuk nasi artis tempatan malah membuatkan mereka lebih kuat berusaha. Lebih kuat menjelajah seluruh negara untuk memperjuangkan musik mereka.

9. Neon

Petikan gitar AG memang serupa dengan trademark nya sebelum ini. Pujian yang pernah di berikan oleh man kidal sewaktu persembahan di peringkat akhir One in a Million memang layak untuk kau.10. Ku mahu kau tahu. Nyanyian bersahaja Noh membuktikan suara tidak perlu se macho once, suara tidak perlu se gemersik anuar zain, tetap boleh jadi popular. Tetap boleh menyampaikan mesej dari lagu, asalkan bahan nya berkualiti. Pemain bas asal hujan 11. Aku scandal, Dimmas juga menyumbang melalui mainan piano untuk lagu Pijak Hatiku.

Ingin aku komen di sini adalah pada ruang penghargaan di kulit album. Sering kita lihat artis memanjatkan kesyukuran terhadap Allah, selawat ke atas Rasullullah SAW, tapi jarang atau tidak pernah kita lihat salam juga di panjangkan ke sahabat baginda. w0w. 12. Gundah

Tahniah hujan. Penghasilan album sulung ini secara tidak lansung telah secara rasminya mengumumkan hujan serius untuk bermusik, hujan serius memperjuangkan apa yang mereka percayai.

p/s: Reviu pendek ini dibuat 13.Pagi yang gelap sambil di mainkan lagu dari album ini.

Leave a comment

Filed under hiburan

It’s out

Leave a comment

Filed under hiburan