Tag Archives: vk lingam

dan pemenangnya adalah …*drum*drum*drum*… Nazri Aziz

Di negara BOLEHland ini terdapat satu pertandingan yang kurang mendapat perhatian dari pihak media dan juga rakyat marhaen. Pertandingan ini hanya boleh disertai oleh golongan elitist kasta astasan dalam heiraki susun atur masyarakat di BOLEHland. Pertandingan ini hanya boleh disertai jika anda mempunyai IQ yang luar biasa jumlahnya; tinggi atau rendah IQ itu biarlah anda semua yang menjadi hakimnya.

Pertandingan yang diberi nama SIAPA-BERCAKAP-PALING-BANGANG-DI-1MALAYSIA atau nama pendek nya SIBEPABADISA telah menarik perhatian pemerhati dari luar terutama sekali dari kerabat di raja Kuwait.

Pertandingan ini walaupun kurang mendapat liputan media massa ia masih mampu untuk membuat para peserta berusaha sedaya upaya untuk memenangninya. Walaupun hadiah, jika dilihat dari mata kita rakyat marhean mungkin hanyalah Piala Pusingan ataupun voucer membeli belah di gedung terkemuka UDA Ocean, daya saing yang ditunjukkan oleh para peserta pertandingan ini sungguh menajubkan!

Setelah Piala Pusingan berada di gengaman peserta ini dengan aksi luar biasa pada minggu lepas untuk minggu ini kita telah ada pemenanganya.

Agak sukar untuk kita rakyat biasa ini yang tidak mempunyai tahap IQ yang setaraf dengan mereka untuk memahami skill dan keupayaan luar biasa para peserta pertandingan ini. Amat sukar untuk kita capai tahap yang serupa dengan mereka. Mungkin atas sebab itu kita memang tidak akan mampu untuk mempamerkan keupayaan yang setanding dengan mereka.

Untuk minggu ini kita sudah ada pemenangnya. Walaupun minggu ini baru berusia 1hari, tetapi sukar untuk barisan hakim untuk tidak mengiktiraf skill dan kemahiran yang dipamerkan oleh peserta ini. Peserta yang berasal dari Padang Rengas ini telah melepaskan kata – kata ini untuk menarik perhatian bukan sahaja barisan hakim yang bijaksana malahan kita sebagai pemerhati pertandingan ini :

No action was taken against controversial lawyer V. K. Lingam as heĀ had not breached any specific law in lobbying the appointment of judgesas shown in the Lingam video clip, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said.

 

 

Kebanyakan para pemerhati di kalangan rakyat marhean hanya mampu berkata

    PERGH!

terhadap skill terkini yang ditunjukkan oleh pemenang minggu ini.

Tahniah Datuk Seri. Anda telah memenangi pertandingan untuk minggu ini. Dengan kemahiran yang Datuk Seri tunjukkan sebentar tadi, insyAllah rasanya Piala Pusingan mungkin berada di tangan Datuk Seri untuk satu jangkamasa yang agak lama. Walaupun terdapat beberapa calon yang mampu mengugat kedudukan Datuk Seri hasil latihan tanpa henti Datuk Seri secara jujur saya berpendapat, Datuk Seri berada di tahap yang sungguh sukar di capai oleh akal manusia biasa.

Leave a comment

Filed under semasa